Newest Post
// Posted by :Unknown
// On :3 Apr 2013
Dr.
Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang
disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya. Perkataan
lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran.
Seterusnya
dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati berjumlah yang
sama. Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat juga 115
kali; perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali; Hidup
145 kali manakala Mati 145 kali; Zakat 32 kali, Barakah juga 32;
Berfikir 49, Nur 49, dan Penderitaan 114, "Kesabaran" juga 114 kali.
Apakah semua ini kebetulan?
Lebih
menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan
sebanyak 12 kali dan hari terdapat sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah
disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya
oleh seluruh manusia.
Orang
yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, Tidak mungkin suatu itu
berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu daripada yang
menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang
Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu.
Tidak
mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau
wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam
perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia
pilihan-Nya?
Di
sinilah kekurangan kita, banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui
maknanya. Kalaupun kita mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui
tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak
mengetahui rahsianya.
Rahsia
al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T.
Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat
yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi
rahsia itu dapat diungkai selari dengan bertambahnya usia manusia. Bukan
sahaja nilai iman mereka yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar
selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.
Allah
berfirman, Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti
kebenaran dari Tuhan-mu (Nabi Muhammad dan mukjizatnya); dan Kami telah
menurunkan kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang benderang."
(An-Nisaa, 174)
Pada suatu masa Rasulullah s.a.w. ditanya, "Apakah Nur itu?"
Baginda menjawab, Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu."
Kemudian
ditanya lagi, Bagaimanakah tandanya? Sabda baginda, Hati itu tidak
lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal).
Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan keduniaan kerana dunia ini
merupakan tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati
kematian sebelum tibanya kematian itu."
Abdullah
bin Masud berkata, Ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata
banyak riwayat (sumber biasa), tetapi diperoleh dengan nur yang
dicampakkan oleh
Allah ke dalam hati seseorang."
Sudah tentu untuk mendapat nur itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan al Quran merupaka penghubungnya.
Dizaman
keagungan Islam dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke
Baghdad, banyak ilmu telah diterjemahkan kedalam Bahasa Latin. Pada
zaman selepas kegemilngan Islam, para cendiakawan dari Eropah telah
mempelajari ilmu dari Greek dan dibawa pulang ke Eropah dengan katanya
ilmu itu diterjemah dari Bahasa Latin.
Oleh itu wahai penghuni global ketahuilah oleh kamu bahawa segala ilmu yang ada didunia ini adalah berasal dari al-Quran.
Kekurangan
kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahuai maknanya.
Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui
tafsirannya. Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahuai
tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya. Kelemahan kita yang
tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya.
Kelemahan kita yang lebih tinggi ialah tidak mempercayainya lalu
meninggalkannya.
Mukjizat Mawar Merah
Gambar ini diambil oleh Satelit IKONOS milik Space Imaging Inc. Amerika Syarikat. Amerika Syarikat 'mengintai' kota Mekkah dan sekitarnya. Ternyata Kompleks Masjidil Haram nampak lebih bersinar dibanding bangunan-bangunan lain di sekelilingnya. Adakah ini merupakan bukti dari janji Allah dalam Surah Ar-Rahman 37 dan Al-Fushilat. Subhanallah.
Kita melihatnya kini apa yang telah diucapkan 1400 tahun lalu oleh Nabi Muhammad SAW, firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman 37:
"Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi MAWAR MERAH seperti(kilapan) minyak. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [QS. Ar-Rahman55:37-38]
Subhanallah, Maha Suci Tuhanku dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-Mu! Sungguh benarlah firman-MU:
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al- Fushshilat]
Posting Komentar